Monday, January 31, 2011

Pengedaran DVD, MP3 dan buku-buku dan risalah

Bagi Mereka yang berminat dengan kuliah Hadith Maulana Asri Yusoff Kini ada
P.O BOX 181, 15720 Kota Bharu, Kelantan Malaysia. Email:darulmarketing@gmail.com Tel :014-5026621 Fax :09-7655203

Pasukan yang mengendalikan program ini adalah krew yang sama yang bertanggungjawab membangun dan mengendalikan web www.darulkautsar.net. Krew ini terdiri daripada seksyen penggambaran dan arkib, produksi, pembangunan web dan percetakan dan juga tenaga mahir dalam ilmu-ilmu Islam. Krew ini kebanyakannya terdiri dari lepasan Pusat Pengajian Ai-Quran Darul Kautsar, Kota Bharu, Kelantan (PPADK) yang samada bertugas sebagai tenaga pengajar di PPADK atau sepenuh masa di www.darulkautsar.net.

Web www.darulkautsar.net pada amnya bertujuan untuk menyemarakkan pengajian dan pengamalan hadis-hadis nabi s.a.w. Pengedaran dvd, MP3 dan buku-buku dan risalah adalah kesinambungan aktiviti sedia ada yang setakat ini merangkumi pengajian hadis online, pengajian hadis kepada orang awam di masjid-masjid dan bangunan awam sekitar Kota Bharu, Kelantan dan pengajian secara formal di PPADK.
Kami berharap pengedaran media ini memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mendekati dan memahami hadis, walaupun dihimpit kesibukan aktiviti harian. Koleksi lengkap syarah hadis ini akan menjadi bahan rujukan yang amat berguna untuk umat Islam dalam menghadapi gejala kejahilan dalam ugama yang berleluasa dewasa ini.

Usaha ini tidak bermotifkan perdagangan. Hasil yang diperolehi insyaAllah akan digunakan semula untuk pembangunan dan pengembangan program PPADK dan lain-lain aktiviti yang bermanfaat. InsyaAllah, manafaat yang anda perolehi bukan setakat koleksi bahan ilmiah yang berharga tetapi juga menyumbang ke arah memertabatkan semula kegemilangan Islam.

Berdoalah agar usaha kecil ini akan menjadi pemangkin dan juga sebagai asas untuk kebangkitan semula Umat Islam di Nusantara ini khasnya dan di seluruh alam amnya.


Dan kami berharap anda bersama-sama kami merealisasikan cita-cita murni ini.

0 comments: