Wednesday, February 11, 2009

Muqoddimah Sahih Muslim

Alhamdulillah,Malam ni kita... nak mula pengajian.. Hadith Sahih Muslim, sebenarnya kita telah mula beberapa tahun yang lepas pengajian Sahih Bukhori di Masjid Kubang Kerian, jadi demo tu minta saya buat pengajian Sahih Muslim pulok, jadi mudah mudahan kita dapat, Kitab Khusus Eloknya bagi yang ingin mengaji Sahih Muslim pulok,jadi mudah – mudahan kita dapat mengikuti pengajian Sahih Muslim ini.. dengan sebaik - baiknya, Sebenarnya.., semoleknya mengaji kitab Sahih Muslim sepertimana mengaji kitab Sahih Bukhori Di Kubang Kerian guna kitab, kitab khusus, seeloknya kitab Sahih Muslim guna Kitab Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi, moleknya ada kitablah , kalau dengar sahaja tu mungkin tidak lekat lama,kalau bila balik tak buleh nak ingat semula, ditakuti ilmu hilang, kalau ada kitab tu bolehlah kita balik tengok semula, Walaubagaimanapun setakat yang ana tahu.. kalau terjemahan sahih muslim, terjemahan dalam bahasa Malaysia ni tak berapa pasti, yang adanya dalam bahasa Indonesia, itu dia terjemahan Sahih Muslim tanpa mengemukakan sanad-sanadnya sebagaimana sahih muslim hak asal, setakat yang ana tengoklah,ia ada hanya matannya sahaja, sedangkan kita perlu kepada sanad itu, mustahak, berbeza.. apa ni.. Sahih Muslim tu daripada kitab – kitab lain dari segi.. mengemukakan sanad dia.., ha.. dari segi tu beza.. dan istimewa dia duk kat situ, pasal satu hadith,satu matan hadith.. dia bawa mari beberapa sanad dia, banyak sanad,berbeza dengan Bukhori,kitab-kitab apa ni, kitab Hadith yang lain, Abu Daud,Tarmizi,Nasaie dan lain-lain, jadi kitab muslim sanad dia banyak,mungkin kerana itu..ha tidak bubuh sanad dia tu..terutamanya kalau bubuh pun, orang (awam) pun tidak boleh ambil manafaat apa.., dapat ghoyat orang tu ambil daripada orang tu sampai kepada Rasullulah s.a.w tu, Kalau orang tidak mengaji secara gomol,secara jurus benarlah kita kata... tidak akan nampak faedah dia tu, faedah sanad, yang lebih mustahak kepada orang umumnya iaitulah isi dia tu , isi hadith tu, tetapi sebenarnya tidak akan sampai maksud Imam Muslim dengan kita buangkan sanad – sanadnya,

kerana itu perlu sekali kalau kita nak belajar cara bersungguh la, cara betul-betul.., kita adalah kitab Sahih Muslim ni, samaada hok matan saje.. tapi yang ana tengok hok matan saje tu.. dia.. takde baris pulok, tak tahulah ada jugak hok ada baris, yang ada disini hok di kedai-kedai sini.. takde baris, mungkin susah pulak bagi orang yang tak begitu mahir dalam nahu, walaupun ada sanad dia , lepas tu.. syarah dia takdak sikit habuk, jadi pakai matan saje..bagi kita orang yang baru agak susah jugak tu, pasal matan tu pun takdek .. apa ni baris dia,lepas tu takdek pulak huraian sedikit pun terhadap matan,


Jadi molek benarlah kalau ada Sahih Muslim dengan Syarah Imam An-Nawawi yang terkenal, yang mana sekarang ni agak mahal sedikit, dulu ana pun beli sendiri jugak RM280, Sekarang ini katanya.. aih RM400 - RM500.. sebab dia 9 jilid,9 jilid, ataupun diantara syarah yang mahsyur bagi Sahih Muslim yang ada sekarang ni..satu lagi.. hok ni Syarah Sahih Muslim jugok, nama dia-nya “Fathul Muslim, Syarah Sahih Muslim”,ha.. ini karangan Ulama Pakistan, dia pun tak dan buat siap jugak.. dan 3 jilid, dan 3 jilid meninggal dunia.. lamalah.. beberapa puluh tahun.. berlalu, takda orang sambung , akhir sekali ada orang sambung, kemudian setelah beberapa puluh tahun disambung oleh Maulana Thaqi Othmani.. dia sambung, sehingga jadi 4 jilid

Oleh itu kalau kita nak mengaji jurus benar sahih muslim ni, eloklah ada kitab, sebaiknya yang ada baris.
Dalam Syarah Sahih Muslim Oleh Imam An-Nawawi banyak hurai lafaz dia,juga dari segi turuq apa beza,riwayat perawi, Adapun Fathul Mulhim ni, panjang pula huraian mengenai makna hadith..itu beza dia tu., hikmat hadith, maksud hadith,penekananan dalam hal ini mungkin kerana sudah ia disentuh oleh Imam An-Nawawi.


Kalau nak mengaji betul-betul, molek ada kitablah masing-masing ada muqodimmah, yakni mengenai muqoddimah Sahih Muslim,kedua-duanya yakni Imam An-Nawawi dan Shabbir Ahmad Othmani mensyarahkan muqoddimah secara panjang lebar
Fathul Bari Syarah Sahih Bukhori 2 Jilid dan istimewanya ulama ulama dia tahqiq betul, misalnya hok ni, lafaz ini didalam naskhah firobri dalam naskhah lain begini,ada perkataan ni, ada tambahan ni, barisnya begini, dalam naskhah ni pulak begini, ditepi tu dia (ulama-ulama) catit habis,tepi lagi ada “hasyiah” dia jadi memudahkan kita untuk baca kitab, untuk buat mengaji molek sangat,kalau kita nak menggaji guna fathul bari hok berapa belas jilid tu, ataupun umdatul qari berbelas – belas jilid cetakan sana ada catatan tepi, Umdatul Qari berbelas belas jilid,

Cetakan Pakistan Syarah Imam Muslim berbahasa Parsi, harganya dalam RM100 -2 jilid .. besar,sukar bagi orang yang masih baru mendalami pengajian hadith

Al-Quran itu Qadim,Hadith dengan makna cerita,khabar mengenai Nabi s.a.w
Ana sendiri dengan Pengarang kitab ni umpama tok la…,dari segi ilmulah,
Shabbir Ahmad Othmani Pengarang Kitab Fathul Mulhim
Dia mengajar Sahih Muslim, dan mengarang Kitab Syarah Sahih Muslim
Shaikhul Islam Yang pertama di Pakistan Maulana Mahmudul Hassan (dikenali sebagai Shaikhul Hind di India), tenaga pengajar di Darul Ulum Deoband, Guru kepada Tok Khurasan (Maulana Idris), Maulana Mahmudul Hassan ambil daripada Pengasas Darul Ulum Deoband Maulana Qasim Nanotwi dan pembantu dia(Faqih An-Nafsi) Rashid Ahmad Gangohi itulah pengarang kepada kitab Lami’ud Darori (Guru Kepada Ayah Kepada Syeikh Zakaria bin Maulana Yahya),
Anak murid, Maulana Qasim Nanotwi pula ambil daripada Maulana Shah Abdul Ghani,
Maulana Ahmad Sai’d Ad-Dehlawi dan Maulana Ahmad Ali Saharanpuri pensyarah kepada kitab Bukhori,
mereka ambil daripada Maulana Shah Muhamad ishak dehlawi .
Maulana Shah Muhamad ishak dehlawi ambil daripada Datuk Dia shah Abdul Aziz Dehlawi ambil daripada Ayah dia Syah Waliyullah ambil daripada Guru dia dari Makkah Syeikh Abu Tohir Muhamad bin Ibrohim al –Qurdi ambil daripada Ayah dia Syeikh Ibrohim bin Hassan Al-Qurdi ambil daripada Syeikh Sultan bin Ahmad ambil daripada Syeikh Ahmad As-Subki ambil daripada Sheikh Najimudiin Muhammad bin Ahmad daripada syeikh Zainuddin Zakaria bin Muhammad Al-Ansori ambil daripada Abdul Fadl Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani ambil daripada Salehhudin Muhammad bin Ibrahim bin Abi Amar Al Maqdisi ambil daripada Syeikh Ali bin Ahmad Al-Bukhori , Al Mu ayat bin Muhammad , Abi Abdillah Muhamad bin Al Fadl Al-Farowi, Abil Hussain Abd Ghafir Bin Muhammad Al Farisi, Abi Ahmad Muhamad Bin Ahmad Bin Isa Bin Amrowaih Al Juludi, Syeikh Abi Ishak Ibrahim Bin Muhammad Bin Sufyan An Naisaburi daripada Imam Muslim

1 comment:

rizkysatrio said...

Salam Kenal, Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT, Amien